Tidak kiralah anda ingin menjual rumah untuk membeli rumah yang lain, atau anda perlukan wang segera untuk membiayai pendidikan anak-anak atau nak larikan diri dari perangai pelik penyewa – Jual lah rumah anda dengan sedikit perancangan.
Walau keadaan mendesak sekali-pun jangan terlalu mengikut perasaan tertekan itu. Menjual didalam keadaan tertekan banyak merugikan pemilik rumah. Rancang strategi jualan anda, jadikan hartanah itu nampak lebih cantik, kerana pembeli sentiasa mahukan sesuatu yang menarik dan memberi nilai tambah pada wang mereka.
Apakah yang pembeli cari?
Lakukan konsep asas untuk menampakkan rumah anda menarik pada pandangan pembeli. Nilai secara kritikal rumah anda dari perspektif pembeli. Jika diperlukan keluarlah sedikit wang poket untuk “touch-up” mana-mana lubang dekat dinding dan pintu bilik air tu. Dan tidak salah untuk mengecat kembali rumah anda. Ianya pasti berbaloi kerana dengan gaya baru ini membuktikan rumah anda dijaga dengan rapi malah jika ia nampak bersih macam bilik hotel. pergghhh..!!! salute bro..
Teknik ini selalunya kita abaikan. Jangan katakan tuan rumah, sedangkan agen-agen hartanah yang hari-hari duduk promosi rumah pun tak guna.. mungkin juga mereka dah naik segan nak minta tuan rumah baiki sikit-sikit kerosakan rumah… sebab tidak ramai tuan rumah mampu untuk “touch-up” katanya. “Saya mane ade duit nak touch-up rumah sebab tu saya nak jual rumah saya perlukan duit” – kata tuan rumah.
Sebagai tuan rumah anda harus tahu, mungkin ia nampak remeh pada mata anda tetapi pada mata pembeli itu sangat diperlukan. Nak jadikan cerita, satu kes yang saya dapat baru-baru ini. Pemilik rumah adalah seorang akuantan yang menetap di Singapura. Maklumlah tinggal jauh dari Kuala Lumpur beliau hanya datang ke rumah sewa tu apabila nak gantikan penyewa baru.
Suatu hari beliau bercadang untuk menjual rumah yang telah 15 tahun disewakan tu. Sudah puas beliau mengiklankan rumah dalam akhbar bila dia bawa orang datang nak beli jer mesti tak jadi, asal bawa tengok rumah mesti tak jadi. Kalau ada yang minat pun diorang minta kurang sampai RM15 ribu sedangkan rumah bukan mahal pun.. RM250 ribu saja nak jual. Jadi dia pun menelefon saya untuk bantuan.
Okay! saya pun kata pada tuan rumah, jangan risau saya boleh tolong. Tetapi saya perlukan keizinan untuk buat sesuatu keatas rumah ni. Saya kata saya nak touch-up sikit boleh? tuan rumah kata – boleh! wah.. hahaa… ini best nih.. berapa bajet tuan? kata saya.
Jangan lebih dari RM1000 okay lah mi.. jangan lebih-lebih pulak. kata dia. Orait! Selama 2-3 hari saya duduk call “customer“, seminggu selepas tu saya dapat jual rumah brother singapore ni dengan harga RM270.000. On the spot 5% dalam tangan untuk booking. Waahhh hahaaa.. berjaya beb!
Nak tahu apa yang saya touch-up? saya potong rumput jer kat depan tu haa lepas tu tampal lobang-lobang dengan plaster.. cat kapur.. putih kat dalam… baru RM250 saya kelim kat brother tu. Bayar geng myammar potong rumput, tampal-tampal, cat sikit-skit 1-2 jam dah “settle”. Dari harga RM250 ribu saya dapat jual RM270 ribu. Nah! lihat berapa banyak bezanya nilai rumah beliau jika nak dibandingkan dengan harga sebelum ini? baru touch-up sikit-sikit jer. Belum saya turun cat oren kuning kat luar lagi. Rasa-rasa mau bleh gi sampai RM290 ribu kalau kita cat rumah tu. Oopss… mesti korang fikir saya mark-up harga, saya tidak jual mahal… tidak pula sesuka hati naikkan harga, sebenarnya value rumah tu RM270 ribu, tetapi brother tu jual RM250 ribu, oleh sebab rumah macam kapai pecah lagi le jatuh nilai rumah akauntan tu. Paling tinggi boleh pergi RM290 ribu kata juru nilai. Bukan itu sahaja, ade syarat2 dia la kena ikut, baru boleh sampai 290… tapi kalau nak ikut semua syarat dia jenuh le kita. Lagi pun takut buyer pula tak nak sebab over-pricing!. Sebab tu saya pesan kalau rumah untuk investment jangan ubahsuai gila-gila… sebab rumah tu tak akan dapat jual harga tinggi-tinggi, ubahsuai cara sedarhana sahaja sudah memadai sebab bank hanya akan bagi loan pada pembeli mengikut cadangan juru nilai bank sendiri.
Dapatkan Khidmat Profesional
Jika anda dapati anda tiada masa, tiada pengalaman dan tidak tahu bagai mana nak mula menjual rumah, saya nasihatkan anda untuk dapatkan khidmat profesional dari agensi hartanah tempatan. Jangan berdegil untuk menjual rumah sendiri-sendiri, mintalah nasihat atau sekurang-kurang tip dari mereka yang faham akan lokasi rumah anda. Mereka-mereka ini pasti dapat membantu anda dari sudut penilaian harga. Menilai harga rumah bukan lah sesuatu yang anda boleh lakukan sendiri, Kebiasaannya seorang agen hartanah itu dapat menjual rumah anda 5%-7% dari harga rumah yang anda letak. saya sangat pasti! jika anda tidak percaya anda boleh cuba, cari seorang agen hartanah dan minta bantuan beliau pasti anda tersenyum lebar. Bukan saja kerja anda mudah… malah rumah pun terjual dengan harga maksima. Tidak seperti sebelum ini anda mungkin menjual rumah pada harga jauh rendah dari harga maksima anda.
semoga berjaya…
Popularity: 1%
org melayu mmg selalu lupa..
betul tu en cmi,
saya setuju dgn u, benda ni mmg i practice every single transax on my props. even my 20 years experiance sometimes get messy when handling diffcult property.
thats why i kautim dgn agen to do sale n market survey.
terima kasih, harap dapat sokongan anda.