KUALA LUMPUR, — Keuntungan sebelum cukai UEM Land Holdings Bhd meningkat kepada RM9.793 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2009 daripada RM4.272 juta suku yang sama tahun lepas.
Pendapatan, bagaimanapun, merosot kepada RM72.792 juta daripada RM78.365 juta sebelumnya, terutama disebabkan jualan tanah yang rendah tetapi diimbangi oleh jualan pembangunan hartanah yang tinggi secara keseluruhannya, kata UEM Land dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Rabu.
Untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2009, kumpulan mencatatkan untung sebelum cukai yang rendah iaitu RM23.324 juta berbanding RM68.749 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan berkurangan kepada RM197.989 juta daripada RM329.667 juta sebelumnya.
UEM Land berkata prestasi kumpulan terus terjejas oleh ketidak tentuan ekonomi global.
– BERNAMA