Urus niaga harta sehingga 14.3% tahun lepas

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Aktiviti pasaran hartanah mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh lima tahun, mencatatkan peningkatan 14.3 peratus dalam urus niaga sebanyak 430,403 dan peningkatan 28.3 peratus dalam nilai kepada RM137.8 bilion tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, “pasaran hartanah menunjukkan prestasi yang lebih baik pada tahun 2011 selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang disokong oleh pelbagai langkah proaktif oleh kerajaan.

“Urus niaga hartanah tahun lepas meningkat pada 430.403 dengan nilai meningkat 28.3 peratus kepada RM137.8 bilion. Angka-angka ini adalah catatan yang tertinggi sejak lima tahun yang lalu.”

Lim berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah 2011 dan Sistem Maklumat Harta Tanah Malaysia (PRISM-JPPH) oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Beliau berkata, subsektor kediaman menerajui pasaran hartanah secara keseluruhannya, mewakili 62.7 peratus daripada jumlah urusniaga dan 44.9 peratus daripada nilai keseluruhan.

“Hampir 50,000 unit harta tanah telah dilancarkan di pasaran, yang mana 22,000 unit telah dijual bersamaan 46.3 peratus transaksi jualan,” katanya.

Perumahan mampu milik yang berharga di bawah RM250, 000 yang mencatatkan permintaan tertinggi menjadikan ia 45 peratus daripada keseluruhan pelancaran baru, katanya.

Dalam sub-sektor komersial, kadar pengambilan kebangsaan bagi banggunan pejabat khas adalah lebih daripada 80 peratus manakala ruang-kekal positif pada 250,000 meter persegi. Empat puluh bangunan pejabat baru memasuki pasaran tahun lepas.

Secara keseluruhan, Lim berkata harga hartanah adalah stabil dengan trend peningkatan yang dicatatkan di lokasi tertentu.

Indeks harga rumah kebangsaan meningkat 6.6 peratus kepada 156.9 mata pada suku keempat (S4) 2011. Berikutan kenaikan ini, Harga purata Sebuah Rumah di Malaysia didalam lingkungan harga  RM217, 297 dalam tahun lepas (Suku ke-4).

Kuala Lumpur mencatatkan harga tertinggi dalam kadar purata sebuah rumah pada RM487, 219 diikuti oleh Selangor sebanyak RM327, 237. Purata harga untuk rumah teres di Kuala Lumpur dan Selangor adalah berjumlah RM527, 113 dan RM325, 951.

Rancangan kerajaan di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina perumahan yang mampu dimiliki rakyat dan Skim Rumah Pertama Ku bagi rumah berharga kurang RM400, 000 dijangka merangsang pasaran hartanah, kata Lim.

Sementara itu, pemain industri dijangka memberi sambutan yang baik diatas galakan kerajaan untuk menjalankan konsep bina-kemudian-jual untuk rumah di bawah RM600, 000, katanya.

Mengenai prospek untuk 2012, kata laporan pasaran harta keseluruhan subsektor kediaman akan dapat dikekalkan kerana konsep milikan rumah yang lebih mudah dan tempoh kelulusan pelan bangunan tahun lepas menandakan keyakinan pemaju dan pelabur.

Ruang kosong di pejabat dan sub-sektor runcit dijangkakan bakal diserap apabila lebih banyak ruang bakal dipenuhi apabila Program Transformasi Ekonomi dilaksanakan.

Pembangunan di pelbagai koridor ekonomi dan Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang akan terus memberi kesan positif kepada pembangunan hartanah dan pasaran dalam tahun-tahun akan datang.

- Sin Chew Jit Poh

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Apr 3rd, 2012 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Kontroversi. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

1 Ulasan Dari “Urus niaga harta sehingga 14.3% tahun lepas”

  1. feme berkata:

    pergghh.. makin ngarut!


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud