Your search results

Warga Asing Hanya Boleh Beli Kediaman RM500,000 Dan Ke Atas

Dikirim Oleh D' rumah on 13/01/2010
| 2 Komen

Beli hartanah

Beli hartanah

Kerajaan meningkatkan sekali ganda nilai had minimum perolehan unit kediaman oleh kepentingan asing kepada RM500,000 dan ke atas, seunit, berkuatkuasa 1 Jan.

Sebelum ini, nilai had minimum ialah RM250,000 dan ke atas, seunit.

Keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai had minimum tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi menggalakkan pertumbuhan sektor hartanah, terutama yang melibatkan unit kediaman bertaraf tinggi dan eksklusif, kata Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

JPM berkata langkah tersebut dijangka dapat melonjakkan kemasukan pelaburan langsung asing dalam pasaran hartanah serta menggalakkan lebih ramai pelabur asing yang berkualiti.

Langkah ini juga bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada kepentingan tempatan memiliki hartanah berharga bawah RM500,000, katanya.

– BERNAMA

2 pendapat dalam “Warga Asing Hanya Boleh Beli Kediaman RM500,000 Dan Ke Atas

  • Serene
    pada 26/09/2010

    Dalam New Economic Model- kerajaan ingin menarik para pakar asing untuk datang berkhidmat di Malaysia- mereka termasuk para saintis /profesor yang berkhidmat di IPTA- Sesetengah dari mereka sukakan Malaysia -setelah berkhidmat beberapa bulan, walaupun gaji yang ditawarkan begitu rendah berbanding dengan kepakaran mereka- dan merasa selesa untuk menetap di Malaysia-mungkin kerana persekitaran yang baik berbanding negara jiran di rantau ini. Mereka menyuarakan kekesalan kerana SYARAT membeli rumah-(syarat mesti 500K keatas). Yang dikesalkan , mereka terpaksa tinggal di Malaysia hanya setakat menghabiskan kontrak- sedangkan kerajaan kita masih memerlukan kepakaran mereka. Bagaimana untuk menarik pakar datang ke Malaysia untuk memberi khidmat kepada kita, sedangkan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang baik untuk mereka ( sedangkan mereka sudah sanggup berkhidmat dengan hanya gaji -berskim kerajaan Malaysia).Ini menyebabkan mereka lebih suka ke Singapore. Saya rasa, kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan insentif untuk menarik pakar asing datang. Sekian

  • pada 12/12/2014

    Saya menikah dengan warga malaysia dan saya ingin membeli rumah dikuala lumpur. Pertanyaannya apakah hanya kondomimium atau memang bisa rumah?? Akankah harganya minimal harus 500k rm?? Atau kebijakannya berbeda karena status pernikahan??

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">