Zambry: Sektor Hartanah Di Perak Tidak Terjejas Oleh Krisis Politik

IPOH, 22 Mei (Bernama) — Sektor hartanah di Perak tidak mengalami sebarang impak negatif walaupun negeri ini berhadapan dengan krisis politik sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebaliknya pemaju-pemaju hartanah tetap meneruskan perancangan mereka bagi membuka kawasan yang baru serta mengiatkan penjualan produk mereka.

Beliau berkata pemaju hartanah tidak mengalami impak daripada krisis itu tetapi masalah yang dihadapi adalah kebanyakan rumah dan hartanah lain dengan nilai RM26 juta yang masih tidak dapat dijual.

“RM26 juta ini merupakan nilai ‘overhang stock’ dan ia merupakan satu kerugian kepada pihak pemaju dan kerajaan negeri bersedia membantu untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Mapex di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Katanya kerajaan negeri akan membantu pemaju hartanah melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) untuk memasarkan produk hartanah yang masih tidak dapat dijual.

Zambry berkata kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan terus memastikan kestabilan politik untuk meneruskan agenda pembangunan negeri dan rakyat.

“Kita tidak perlu bimbang, tugas kita sekarang adalah untuk meneruskan apa sahaja urusan dan perancangan seperti biasa. Yang penting bagi kita ialah ingin memastikan kestabilan politik dan pembangunan diteruskan dan dalam masa yang sama penambahbaikan terhadap pentadbiran kerajaan perlu ditingkatkan,” katanya.

Terdahulu, Zambry mengadakan pertemuan dengan delegasi pelabur China yang berpangkalan di Dubai dan Chile yang mahu meneroka peluang mengembangkan perdagangan, perniagaan dan pelaburan mereka di Perak, di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini .

“Kita mengalu-alukan kehadiran dan minat mereka di Perak dan kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan mereka,” katanya.

– BERNAMA

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Mei 23rd, 2009 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:



1 Ulasan Dari “Zambry: Sektor Hartanah Di Perak Tidak Terjejas Oleh Krisis Politik”

  1. nip nip berkata:

    Tahniah Dato Najib sedang mencri pelaburan asing untuk melabur di Malaysia . Dato Seri Zamri pula nak bunuh semua pelabur dalam malaysia tsk kira melayu atau kafir . Sistem tak benar pasir keluar melalui pontoon dari perak adalah satu helah untuk membunuh peniaga melayu di perak. Mungkin dia hendak jual pasir atau dia ada rancangan tersendiri. Pecah perintah le. Tak boleh nak baca kepala mamak pangkor ni. Hasil dalam negeri tak tahu nak labur ke??? Keputusan MKN memutuskan pasir dari perak hendaklah keluar melalui jalan darat . Habis kalau dah tak boleh keluar melalui jalan air adalah elok tutup Pejabat Syahbandar buat apa buang duit bayar gaji buta sahaja . Semuaq hasil dan hartanah syahbandar elok didaftarkan atas nama menteri besar supaya lebih kaya . Jadi hasil sungai atau laut boleh dia kenduri kerana banyak badak air krono MB masih lapar . Kalau bodoh bodh juga. Jabatan syahbandar ditubuh untuk mengawas jalan air supaya tiap pengeluaran pasir mengikut agent kastam dan terjaga kuantiti jumlah pasir yang dikeluarkan tetapi kebodohan mb perak suka pasir negeri perak keluar dengan guna jalan darat kerana senang untuk tipu masyarakat . Satu lori enam tayar bawa 15 tan pasir manakala membayar hanya sebanyak 8 tan mengikut doket. Yang rugi negeri perak tetapi yamg untuk mamak pangkaor mungkin beliau buat doket sendir dengan menjadi keledai cina . Kalau dah jadi keledai cina senang saja jual apa yang ada termasuk yang dalam seluar bagi menentukan masa depan bangsa negeri perak .


Tinggalkan ulasan anda